Alhamdulillah.. Terima kasih banyak pada azieaxie yang sudi menabalkan saya sebagai Johan "Contest Gambar Kahwin Yang Saya Paling Suka". Hadiah dah pon diterima di Pejabat Isteri Tercinta yang sabar menanti.. Hadiah ni dibuka bersama2 di rumah. Sangat teruja dia. Syukur.. Hadiah ni saya bagi istimewa pada dia memandangkan dia memang bertudung. Mak cakap pon tudung tu sangat2 cantik. Gembira tak terkata bila tengok isteri menyarung tudung tu kat kepala.. Sangat sopan. Alhamdulillah.. Sekali lagi jutaan terima kasih pada blog dan pemiliknya azieaxie atas penghargaan kepada contestant. Maaf sebab lewat masuk entry. Inilah koleksi hadiah yang diterima..
Wednesday, 15 June 2011
Thursday, 9 June 2011
Memaafkan Untuk Syurga..
Setiap hari di bumi Allah, kita berhubungan dengan makhluk lain ciptaan Allah terutamanya sesama manusia.
Jika kita seorang ibu yang bekerjaya, selalunya kita akan berhadapan dengan suami, anak-anak, rakan sekerja dan ramai lagi.
Pastinya dalam hubungan itu, kadangkala hati kita disakiti atau muncul perasaan benci kerana berlaku salah faham.
Kadangkala amat sukar untuk kita memaafkan. Apatah lagi melupakan sesuatu yang menyakitkan hati dan perasaan.
Kita selalu memberi alasan bahawa iman kita bukanlah sehebat iman seorang Nabi.
Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW duduk bersama sahabat di dalam masjid lalu baginda bersabda dengan ertinya: "Sekarang ini seorang lelaki penghuni syurga akan muncul dari sebelah pintu itu."
Maka muncullah seorang lelaki yang baru sahaja selesai mengambil wuduk.
Janggutnya masih basah dan menitiskan air sisa wuduk. Kemudian dia solat sunat dua rakaat dan setelah itu dia duduk.
Pada hari kedua Rasulullah SAW berkata lagi dengan ucapan yang serupa dan begitulah juga pada hari ketiga.
Ibnu Umar RA mengekori lelaki tersebut dan memohon agar dapat tidur di rumahnya. Dia amat hairan kerana lelaki tersebut biasa-biasa sahaja. Seperti orang lain juga yang mendirikan solat, berpuasa, berzikir dan lain-lain.
Lalu Ibnu Umar RA bertanya kepadanya, "Wahai saudara! Demi Allah sebenarnya aku ingin mengetahui cara amalanmu kerana aku mendengar Rasulullah SAW telah bersabda sebanyak tiga kali bahawa kamu termasuk salah seorang penghuni syurga. Amalan apakah yang kamu lakukan sehingga kamu boleh meraih penghargaan yang hebat daripada Rasulullah SAW? Setiap malam aku memerhatikan amalanmu, tetapi solat sunatmu tidaklah terlalu banyak, dan begitu juga dengan amalan lain yang tiada beza dengan kebanyakan orang."
Lelaki itu menjawab, "Demi Allah, tiada tuhan selain Dia! Sebenarnya amalanku biasa-biasa sahaja. Tiada perkara yang perlu dilebihkan dari kebanyakan orang. Namun apa yang terpenting, iaitu ketika aku ingin tidur pada waktu malam, aku tidak pernah menyimpan rasa dendam, tipu daya, hasad dengki dan iri hati kepada mana-mana orang Muslim. Hanya itulah yang aku lakukan sepanjang hidupku."
Maha Suci Allah, sungguh hebat darjat seorang Muslim yang suci hatinya dari perasaan dendam, hasad dengki dan iri hati terhadap sesama manusia.
Mereka tenang di dunia dan juga bahagia di akhirat.
InsyaAllah. Yang baik datangnya dari Allah S.W.T. Segala kekurangan dari diri saya sendiri.. Wallahualam..
Tuesday, 5 April 2011
Contest gambar kawen yang anda paling suka!
Saye dapat tau contest ni dari isteri saye... Macam best je. So saye nak join la.. Tapi kalau adiah nye tudung saye xbole la pakai.. Kena hadiahkan kat isteri saye la.. Hehehe..
Nak tau x syarat-syarat contestnya :
1. Jadi follower pfscollection.blogspot.com kerana salah satu hadiah ditaja oleh pfscollection
Done
2. Jadi follower i, azieaxie.blogspot.com, nantikan hadiah misteri dari i ;)
Done
3. Buat satu entry mengenai contest ini dan letakkan banner contest ini di dalam entry & sidebar uols
Done
4. Of coz untuk blogger yang sudah berkawen & letakkan pic kawen yang uols suka & nyatakan kenapa di
dalam entry tersebut
Done
Saye suke gambar ni pasai unik sikit pose nye.. Masa ni la ada chance nak sentuh isteri tersayang dengan penuh kasih sayang.. Hehehe.. Jangan mara..
5. Jangan lupa tinggalkan link contest uols di komen bawah ini untuk senang i terjah
Done
6. Hanya seorang pemenang yang akan dipilih untuk menerima hadiah dari pfscollection & i
Saye ler orangnye.. :p
7. Last sekali, tag kawan-kawan uols 3 orang..
i) Isteriku
ii) Hafiz Punye
iii) Fitrah Alam
8. Tarikh tutup 24 April 2011
Orait maam..
Saturday, 26 February 2011
Contest Saya dan Gadjet!
Contest ni terjumpa dalam search google.. Sebenarnye nak carik pasal menda lain.. Tetibe kua contest ni.. Kebetulan lak ada gambar ngan laptop lame.. So.. Pe lai.. Join jela.. Jum tengok entry ni..
SYARAT-SYARAT CONTEST NYEEEE..
1) Msti ade blog n jdi follower blog faraaa halim ... ni, klo tak nak jdi pn tak pe, tak wajib, tpi kalau saya update ape2 lambat la taw nye
~ I followed u.. U follow2 me jugak ka? Hehehe..~
2) Kena ade gamba contest yg kt atas ni, klo nk letak kt side bar pn boleh,klo x nk pn xpe,skeati korang la
~ Letak gak lar.. Sebab sume contest memang tu antara syarat wajib.. Huhuhu~
3) Upload 1 gmba je eh, gmba tu msti anda dan gadget anda
(gadget tu tak payah canggih2 pn tak pe,enset 3310,psp,camera n ape2 je la )
~Gadget ni memang xcanggih pon.. Zaman bertahun2 yang lalu~
Ni kire projek last la lepas gerak gempor bersama isteri ngemas rumah, ngemas stor, cuci tingkap, bersih sawang.. Abesssss satu umah berkilat2 dikerjakan.. Tapi pikir2 balik cam ada g menda xsetel.. Pas tu leh lak terpandang laptop yang penuh habuk ni..
Apa lagi???????
Berperangla ngan abuk2.. Nyaris2 je nak tewas... Akhirnye berjaya jugak menewaskan kesan degil... Hehehehe..
4) Tag sorg je kawan anda, n pasti kan die taw
~ Da tag dah.. Kat isteriku sayang merangkap kawan, sahabat, teman, GF dll.. Huhuhu~
5) Tinggal kan link anda die ruang comment ye ;))
~ Beresssssssss ~
hadiah pertama::
rm 50 akan di bank in kn
~... ke akaun maybank saya selepas contest tamat.. Ehemmmm..~
hadiah kedua n ketiga::
owner contest tak di pikirkan lagi... (dia gtau mcm tu lar)
~ tapi saya leh bagi cadangan hadiah ape.. ~
TARIKH TUTUP::
TARIKH TUTUP::
15/3/2011... tepat kul 12... ;))
~ Kol 12 saya da tido da tuh.. So post la ari ni~
Sunday, 20 February 2011
Contest Gambar Kahwin
First Prize:
1) RM 100 + Saguhati
2) RM 70+ Saguhati
3) RM 50 + Saguhati
Objektif Contest Gambar Kahwin:
1) Memberi peluang kepada anda mengimbau kembali saat bersejarah
2) Memupuk semula kasih sayang antara pasangan
3) Menambahkan kenalan seterusnya menambahkan silaturrahim di alam maya.
Syarat-Syarat Penyertaan:
1) FOLLOW contest owner blog
~ I followed..
2) Membuat satu entry gambar perkahwinan anda dan pertandingan.
~ Percayalah gambar ni bila diamat-amati melalui sudut hati yang dalam memang ada nilai kasih sayang yang amat dalam~
Luahan untuk Isteriku yang tercinta..
3) Letakkan Banner ini semasa pertandingan dilangsungkan
4) Jika anda belum berkahwin, boleh menggunakan gambar perkahwinan ahli keluarga atau kawan-kawan DENGAN SYARAT meminta izin dan kebenaran dari PIHAK mereka.
~ Da.. Selamat dah.. ;P
5) Gambar hendaklah jelas dan terang. Hanya SATU keping gambar sahaja
~ Jelas da jelas dah, Terang da terang dah, SATU keping..Eermm..harap2 menang lah!
6) Pemenang dikira berdasarkan teknik solekan, teknik fotografi dan nilai sentimental yang ada pada gambar. DAN sertakan sekali DEFINISI PERKAHWINAN anda..
( tidak lebih 30 pp)
~ Perkahwinan adalah ikatan yang teguh antara lelaki dengan perempuan melalui akad nikah yang sah. Perkahwinan disyariatkan dalam Islam bertujuan mengembangkan zuriat manusia secara halal disamping kesejahteraan hidup dunia dan akhirat
.7) Keputusan adalah MUKTAMAD
~ Baeeeek puan~
.7) Keputusan adalah MUKTAMAD
~ Baeeeek puan~
8) Peraduan akan tamat pada 27 FEBRUARI 2011
~Mintak2 selepas saya post entry ni peraduan ditutup~
~amin~
Saturday, 28 August 2010
Wednesday, 5 May 2010
RENUNG SEJENAK, FIKIR...
Beri hatimu hanya untuk ALLAH, pasti ALLAH temukan padamu pemilik terbaik,
Hamparkan masamu seluasnya hanya untuk ALLAH, pasti ALLAH aturkan kehidupanmu dengan baik.
Uzlahkan diri dari kesibukkan dunia, kelukan lidah dengan perbanyakkan tasbih, matikan hati dari berangan-angan tentang dunia (hayati AL-QURAN) dan matikan jasad dengan banyak zikirullah.
Renunglah sejarah pengabdian Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa a.s dan Nabi Isa a.s. Fikir bagaimana kita mampu mengikuti mereka di dalam pengabdian kepada ALLAH S.W.T.
Subscribe to:
Posts (Atom)



































