Blogger Backgrounds

Thursday 10 December 2009

Keli Organik Kota Tinggi

Aktiviti : Menternak Keli Organik Secara Kecil-Kecilan
Tempat : Felda Lok Heng Selatan, Kota Tinggi, Johor

Bagi penggemar keli di sekitar Kota Tinggi boleh mendapatkan keli pada harga yang berpatutan. Keli Organik ini berbeza dari Keli Biasa kerana isinya yang tidak mengandungi lemak sebagaimana keli-keli biasa yang dijual di pasar-pasar. Pemakanannya jugak berasaskan sumber-sumber organik. Bagi yang gemar keli pekasam bolehlah membuat pesanan terus dengan saya. Hanya tinggalkan pesanan di peti pesanan dan saya akan respons pada pesanan anda.

Pernah tak anda cuba keli pekasam? Ha.. Kalau nak cuba bolehlah buat pesanan kepada saya. Pekasam Keli ini memang sedap kalau dimakan bersama nasi yang panas-panas. Tak percaya cubalah!


Selain Pekasam, Keli nih sedap jugak dimasak lemak cili api. Penggemar ikan keli pasti dapat merasakan keenakannya dihujung lidah bila disebut-sebut tentang masakan ikan keli.
Masakan asam pedas memang popular di Johor. Bila keli dimasak asam pedas pasti anda akan menelan liur. Jadi keli ini memang mudah dibuat masakan apa saja. Bagi penggemar keli sekitar Felda Lok Heng mahupun sekitar Kota Tinggi jika berminat anda juga boleh menjual pekasam keli. Malah macam-macam masakan boleh dibuat dengan keli.
Jika inginkan Keli Organik, pesanan boleh dibuat dengan saya okay! Harga boleh dirunding!
Tinggalkan pesanan anda di chat box.